BIOGRAFI TAJERI TSUKASA

BIOGRAFIKU

NAMA: TAJERI BIN YUSOFF
T.LAHIR: 08/07/1986
KARIER: GURU MUZIK
STATUS: BERKAHWIN
HOBI: BANYAK

Assalamualaikum

nama aku tajeri, tapi orang panggil tajeri je lah dah itu je nama aku, tsukasa tu plak nama karektor kamen rider yang aku minat. ok ini facebook aku https://www.facebook.com/y.tajeri kalau rasa nak add aku untuk tanya apa2 soalan inshaalah dapat membantu.

ok tujuan aku buat blog ni sebab nak kongsi2 ilmu kat kawan2 diluar sana. lebih2 lagi buat kawan2 yang punyai minat sama dengan aku iaitu MOTORSIKAL & MUZIK. aku akan cuba masukkan "entry" yang agak ilmiah dan kadang2 santai2 gitu. 

ok sedikit cerita pasal aku kenapa aku minat motorsikal dan muzik

pertamanya pasal motorsikal ni memang sejak kecik lagi aku minat sebab abah aku ni sorang pomen (mekanik) so hidup aku dok tengok dia baiki motor je lah. Tapi sayangnya abah aku dah tutup bengkel dia sebab orang buat naya sampai nama abah aku blacklist. tapi lupakan jelah dah nasib badan. so bila meningkat remaja kenal dunia sikit mula lah aku cari sikit2 ilmu pasal motorsikal. Aku penah keja bengkel, penah jadi tokey kecik untuk bengkel orang lain bagi modal. sampailah aku sambung belajar ke peringkat universiti dan hingga jadi cikgu pon aku tetap minat motorsikal yang dah melekat dihati

eh haaa muzik plak, muzik ini adalah bidang ilmu aku, lulusan universiti pendidikan sultan idris. degree pendidikan muzik. ha tu lah ceritanya aku betol2 belajar muzik diperingkat universiti. aku juga akan cuba berkongsi ilmu berkaitan muzik kepada anda disana. kalau ada nak tanya apa2 ke boleh je inbox ke FB guek! kalau ada permintaan nak suruh buat video contoh skel ke solo gitar ke apa ke inshaallah ada masa aku buat.

apa pon berbalik kepada objektif aku buat blog ni untuk kongsikan sedikit ilmu aku yang sedikit ni kepada mereka yang dahagakan ilmu yang sikit ni.