RIDER PERLU TAHU PART 3

"SLIDING" KETIKA MENUNGGANG

Adakah motorsikal betul-betul akan hilang kawalan ketika "sliding"?
Macam mana kita nak selamatkan diri kalau tayar depan atau belakang tiba-tiba silde?
Macam pula kadang2 kita tengok orang lain ride motor laju sampai slide tapi diorang tak down plak?


Persoalan diatas ni sering juga kawan-kawan aku berkongsi dengan aku, ketika melepasi bulatan tiba-tiba tayar depan slide pastu down, nasib baik slow, ada juga yang slide tayar belakang sewaktu ambik selekoh atau melepasi bulatan. Malah aku sendiri pernah alami. Jadi dimana silapnya? kenapa ini berlaku? macam mana kita nak selesaikannya atau hadapinya? kenapa sesetengah orang boleh je selamat selepas slide?

Jika tayar belakang "slide", tayar hadapan akan bergerak kearah dimana motorsikal akan tuju. Jadi keseluruhan badan motorsikal akan bergerak keluar dan tayar hadapan akan terus bergerak kearah yang betul untuk terus stabil. Apabila motorsikal "slide" jika rider mampu memegang handlebar dengan cukup kuat dan tidak memusingkan handlebar kesannya sama seperti kereta sedang "slide" dimana tayar hadapan akan menjadi titik paksi . kecuali jika motorsikal tidak berpusing keluar.

Reaksi biasa apabila "sliding" tayar belakang, serta merta rider akan menutup pendikit/throttle off dan memegang erat pada handlebar. Ini akan menyebabkan menyebabkan motorsikal kembali menegak, tetapi dalam kelajuan tertentu ianya akan terangkat dan menghumban anda keluar. Sakit kot!!!!

"Slide" tayar hadapan pula biasanya disebabkan terlalu banyak berat yang diberikan, Sebenarnya mustahil ianya berlaku jika berat diberikan pada tayar hadapan jika aklerasi diberikan ketika melepasi selekoh, Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan tayar hadapan "slide" mungkin tayar yang digunakan tidak sesuai atau sudah tamat tempoh, mungkin masalah yang dihadapi oleh motorsikal. dan ini bergantung kepada situasi rider dan pengalaman rider masing-masing.

Jadi!!! apakah penyelesaiannya kepada masalah ini? GAS ON SOLUTION! masih ingat pada tajuk KAWALAN PENDIKIT/THROTTLE sebelum ini? dengan membuka pendikit akan menyebabkan berat hadapan berpindah ke belakang, gunakan konsep 40/60 iaitu tayar depan 40% dan tayar belakang 60% apabila pendikit dibuka. Biarkan motorsikal lakukan kerjanya, Menolak bahagian hadapan ( membiarkan tayar hadapan bergerak kearah yang dituju) akan melambatkan motorsikal menurun ( jatuh kebawah) dengan cepat dan memperlahankan daya untuk motorsikal kembali menegak, kembali kepada posisi dan terus bergerak melepasi selekoh.

Paham tak? mesti ada yang tak paham kan? maksudnya disini pegang handlebar dengan relaks dan biarkan motorsikal lakukan kerjanya untuk kembali stabil, Pegang throttle macam biasa je bila motorsikal mula "sliding". Kalau sewaktu "sliding" kita tutup throttle secara serta merta kita perlukan sedikit keajaiban untuk selamat.

Sehingga bab ini aku harap rakan-rakan rider sekalian sudah dapat point-point penting.

- Rahsia pengawalan pendikit yang baik dapat selesaikan beberapa masalah ketika menunggang
- Fahami jentera masing-masing dahulu
- Fahami fungsi setiap bahagian jentera masing-masing
- Posisi badan
- Memegang Handlebar dengan relaks
- Praktis - praktis - praktis

diharap dapatlah kita sama-sama memperbaiki teknik tunggangan kita kearah yang lebih baik, tidak kira apa jua jentera kita, dari segi cc. hp, jenis supersport ke, naked bike ke, touring bike ke, kapcai ke dll ( yang kenalpasti motor masing-masing) perlu fahami semua ini. mungkin apa yang saya sampaikan ini tidaklah terlalu detail untuk semua jenis motorsikal tetapi sekurangnya beberapa perkara yang diterangkan dapat membantu semua rider memperbaiki diri dalam menunggang jentera masing-masing. Rasanya masing-masing sudah mula praktis sebelum masuk ke bab seterusnya. Namun begitu saya juga masih memerlukan nasihat daripada otai-otai untuk memperbaiki maklumat didalam blog saya, dan rider-rider lain juga memerlukan juga khidmat nasihat daripada sifu-sifu dan otai-otai diluar sana. carilah mereka dan koreklah ilmu daripada mereka.

p/s: Jangan salahkan kelajuan diatas kesilapan yang berlaku. Tetapi carilah dimana kekurangan diri dan perbaiki.