PANIK BERMOTORSIKAL
Musuh Utama Pengguna Baru Motorsikal
Ok para pembaca sekalian apa yang saya nak kongsikan disini ialah mengenai musuh utama kepada penunggang motorsikal, iaitu PANIK
PANIK mengikut kamus dewan Edisi Keempat ialah cemas, takut, bimbang dan gelisah yang datang secara tiba-tiba.
untuk penunggang motorsikal tidak kiralah berkuasa tinggi, kapcai, skuter dan sebagainya, pengalaman pertama akan dirasai ialah takut. dan apabila berlaku sesuatu perkara secara tiba-tiba akan buatkan kita menjadi panik malah kadang-kadang sampai ke tahap kaku. Pengalaman saya sendiri dan saya akui kali pertama mendapat motorsikal 250cc nih, memanglah seronok. Tapi apabila diatas jalanraya saya mulai rasa takut bila tengok bas, lori yang besar, kontena, kereta yang meluncur laju. Pernah suatu ketika saya keluar sahaja dari RnR Gurun Kedah, tiba-tiba sebuah bas datang saya jadi takut, ye lah masih baru guna motorsikal macam tu, terus saya turun ke laluan kecemasan, saya tengok penumpang bas tu gelak je tengok saya yang gelabah.
sejak itu saya terfikir kenapa saya panik sampai macam tu, dan macam mana nak buang perasaan panik tu? selama 2 bulan saya berlatih ride motor tu semata2 nak buang rasa takut, nak biasakan diri, masa tu tak nak join mana-mana group lagi sebab belum konfiden untuk ride macam abang-abang biker yang lain. cerita ni tahun 2012.
Habis macam mana nak buang perasaan panik ni? PRAKTIS
ok motorsikal kita dilengkapi dengan sistem brek depan dan belakang serta brek enjin. Jadi praktislah dengan membrek, setiap selekoh jaga "speed". jangan terlalu ikut nafsu untuk menderu laju motorsikal anda. praktislah berperingkat untuk biasakan diri dengan jentera anda dan untuk meningkatkan tahap konfiden anda.
Mungkin ada antara rider pernah mengalami kemalangan, dan ada yang hampir mengalami kemalangan. Sekarang cuba "flashback" jika anda pernah mengalami kemalangan atau hampir mengalami kemalangan apakah yang sedang anda fikirkan ketika itu?
a) Maut
b) Kecacatan akan dialami
c) Kos selepas kemalangan
d) Macam mana nak elakkan kemalangan tersebut
anda cuma ada beberapa saat sahaja untuk fikirkan semua ini!!!!!!! aaarrgghhh!!!! debushh....
ok disini saya kongsikan situasi saya sendiri yang hampir mengalami kemalangan mungkin maut, mungkin kecacatan kekal
peristiwa A
- saya menunggang dengan kelajuan 110kmj diatas jalan raya
- tiba-tiba terdapat dua orang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar yang sedang menunggang diatas jalan raya
- penunggang pertama memberi signal untuk masuk simpang dan terus masuk ke simpang tanpa melihat ke belakang
- penunggang kedua saya menjangkakan akan terus bergerak kehadapan kerna takda bagi signal, dan saya mula terfikir jika itu tadi adalah kawan dia mungkin dia akan masuk simpang yang sama
- tiba-tiba dia semakin dekat ke simpang tanpa memberi signal dan kami semakin dekat
- dalam jarak entah berapa meter saya dah tekan brek tapi kami semakin dekat,
- dalam keadaan genting macam tu saya cuma fikir macam mana nak elak penunggang dihadapan saya
- pilihan akhir saya hanyalah menekan hon.
- alhamdulillah bila saya tekan saja hon dia terus mengelak dan saya ada ruang yang selamat untuk terus bergerak
Peristiwa B
- Kejadian pada waktu malam dijalan yang lurus dan lengan
- saya menunggang dalam kelajuan 140kmj ( ye lah jalan lurus hahaha)
- tiba-tiba ada sebuah motorsikal dari hadapan datang nak masuk simpang dengan tak kasi signal
- dia ternampak saya terus teragak-agak untuk masuk ke simpang
- masa tu apa yang aku hanya mampu buat?
- off throttle - tekan brek sikit untuk elak dari slide macam dalam filem omputih
- aku hanya meluncur tepat ke arah penunggang tadi
- dalam kepala hanya fikir jika dia masuk juga simpang saya akan elak masuk lane sebelah sebab lane sebelah kosong
- lagi satu jika dia stay saja disitu saya akan kembali ke lane asal saya ( masa ni memang saya menuju tepat ke arah penunggang tadi )
- bila dah dekat dia masih stay disitu, so saya pon masuk semula ke lane asal saya
bila dah jadi macam ni, gunakan apa yang ada pada motorsikal anda untuk kurangkan sebarang impak sekurangnya 60% hampir selamat. apa kena buat?
1. off throttle
2. pegang handle kuat
3. Cari tempat yang selamat untuk landing ke, atau laluan yang selamat
4. tumpukan perhatian pada tempat yang hendak dituju
5. terus menuju ke tempat tumpuan tadi
6. teruskan atau kaku, tidak mengawal handle atau mengawal apabila perlu sahaja
7. membrek
biasanya
lengan kita akan mengawal handle, brek, throttle dan mempengaruhi kawalan jentera.
saya berharap artikel sedikit sebanyak dapat membantu sesama kita rider untuk tunggangan yang lebih selamat. JALAN RAYA BUKAN LITAR LUMBA

Subscribe to:
Posts
(Atom)