KAWALAN PENDIKIT/THROTTLE part 2

BAHAGIAN 2

- Braking dengan roll off dilakukan serentak
- Braking dilakukan sebelum corner / sebelum turn in point
- Maintain weigh 40/60 (depan/belakang)
- decreasing radius ( DR ) corner, turn in point lambat


Pendikit adalah senjata yang sangat penting kepada seorang rider. Asasnya kita hanya tahu apabila pendikit dibuka hanyalah untuk jentera kita bergerak semakin laju. Apabila pendikit ditutup jentera kita semakin perlahan dan akan berhenti. Tetapi hakikatnya fungsi pendikit ini lebih daripada itu.

Kenapa perlu buka pendikit ketika ingin masuk ke selekoh?
- untuk mengawal kelajuan
- supaja jentera lebih stabil

Kenapa perlu pendikit dibuka sedikit demi sedikit di selekoh?
- untuk mengawal kelajuan jentera
- sekiranya pendikit kekal, kelajuan jentera akan semakin menurun
- untuk membatu jentera mendapat "force" ketika menghampiri exit point
- "force" ini akan membantu anda mengangkat semula jentera anda

TIPS
- jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk buka pendikit
- buka pendikit dengan lembut dan sedikit demi sedikit disepanjang selekoh
- buka pendikit ketika mengambil selekoh adalah lebih selamat

Dari pengalaman aku sendiri dalam mengawal pendikit ni dalam keadaan pelbagai jalan memang pada mulanya agak takut kalau anda terjumpa jalan tiba-tiba ada air, pasir atau bump. Aku sengaja cari selekoh yang ada bump, pasir dan air untuk uji tentang kebenaran "keith code" penulis buku "A twist of the wrist".

sebelum ni kalau jumpa pasir atau bump di selekoh memang aku akan terus off throttle, takut down ketika selekoh. tapi sebenarnya itu salah. ok izinkan aku terangkan mengenai jentera aku gunakan dulu. aku menunggang jentera kawasaki ninja 250 tahun 2008. Jentera 4 lejang yang ada brek enjin. apa kesannya terhadap jalan berpasir atau ada bump. ok jika jalan berpasir aku off throttle brek enjin akan bertindak seakan brek untuk tayar belakang, ini boleh menyebabkan tayar belakang slide diatas pasir dan silap haribulan boleh down. Ok kalau jumpa "bump" plak jika off throttle juga boleh menyebabkan slide selepas melantun dari "bump" tadi.

jadi solusinya "stay on your gas". yes!!. apabila pendikit dibuka sedikit enjin akan bertindak menggerakkan tayar belakang. Jadi walau apa pon berlaku jentera anda akan terus bergerak. Aku selalu juga menonton video TT Isley Of the Man iaitu perlubaan yang paling bahaya di dunia bagi aku lah. Tapi cuba perhatian betul-betul video tersebut, kenapa mereka masih dapat mengawal jentera mereka walaupun selepas motor melantun? sebabnya mereka "stay on gas".

carilah tempat yang selamat untuk praktis.