KAWALAN PENDIKIT/THROTTLE
PENDIKIT/THROTTLE
BAHAGIAN 1
Apa itu pendikit/throttle?
-pendikit/throttle berfungsi mengawal kadar kemasukan petrol melalui karburator atau injection ke enjin untuk meningkatkan kadar aklerasi jentera anda
- gambar disebelah menunjukkan kedudukan pendikit/throttle motorsikal.
Pendikit/throttle adalah rahsia terbesar terhadap kawalan jentera anda, skill, dan imbangan. Setiap kali anda melihat pelumba motorsikal berlumba dilitar pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh mengawal jentera mereka dalam keadaan litar yang mempunyai pelbagai selekoh, macam mana mereka mengawal throttle ketika mengambil selekoh dalam kelajuan yang tertentu. Ya itulah rahsia utama mereka kawalan pendikit/throttle
KENALI DAHULU JENTERA ANDA
Baiklah sebelum anda memulakan latihan dengan mengawal pendikit/throttle jentera anda. Anda wajib dahulu mengenali jentera anda. Motorsikal terbahagi kepada beberapa kategori:-
A. Kapcai
B. Skuter
C. Sportbike/superbike
D. Naked bike/streetbike
E. Easy Ride
saya malas nak pecahkan kategori-kategori motorsikal diatas. anda boleh rujuk uncle google untuk setiap kategori motorsikal. Apa yang penting ialah kenali dahulu jentera anda, kerna motorsikal ni ada 1 dapur, 2 dapur, 3 dapur, 4 dapur, 6 dapur, 8 dapur. Ada pulak disusun selari (inline), ada V-rod. Aduh terlalu banyaklah kalau nak taip. tengok motorsikal masing-masing kemudian cari kat google je. Pastikan anda tahu tahap kekuatan motorsikal anda.
APABILA PENDIKIT DIBUKA, PUTARKAN DENGAN DENGAN LEMBUT DISEPANJANG SELEKOH
-Ketika pendikit dibuka ianya memberi kesan kepada permukaan tayar diatas jalan. Anda yang mengawal pendikit untuk memberikan kesan permukaan tayar diatas jalan. Semasa mengambil selekoh sentuhan tayar dengan jalan terbahagi 40% tayar hadapan dan 60% tayar belakang. gunakan konsep 40/60, untuk ini deria anda diperlukan. bagaimana? PRAKTIS.
-Ketika berada disetiap selekoh buka pendikit dengan lembut dan buka sedikit demi sedikit sehingga anda keluar dari selekoh.
-Jangan bermain dengan pendikit/throttle seperti off/on/off/off ketika anda berada diselekoh.
-Apabila pendikit dibuka tekanan akan berubah dari hadapan kebelakang, manakala apabila pendikit ditutup tekanan akan berubah kehadapan.
Kawalan Pendikit/throttle juga memberi kesan terhadap saspensi hadapan dan juga belakang
a) Pendikit dibuka/Throttle on = saspensi belakang semakin menekan ( memendek ) kesan daripada tarikan tayar diatas permukaan jalan. manakala saspensi hadapan kekurangan tekanan ( memanjang ).
b) Pendikit ditutup/throttle off = saspensi belakang meregang ( memanjang ). manakala saspensi hadapan semakin menekan ( memendek ) dan memberi tekanan kepada tayar hadapan.
- sebenarnya tidak ada tanda aras untuk melaras tahap tekanan saspensi hadapan dan belakang, tetapi dengan kawalan pendikit yang baik dari seorang rider akan membantu saspensi berfungsi pada renj yang sesuai.
- menutup pendikit/ throttle off pada selekoh membuatkan anda membelok dengan cepat kerana tekanan terus menjunam kehadapan.
- Kawalan Pendikit/throttle adalah kunci kepada misteri tanda aras saspensi jentera anda.
nampak macam mudah kan? tetapi sebagai rider kita perlulah ada deria untuk ini. Perlu praktis. tetapi ingat praktislah ditempat yang sesuai yang tidak merbahayakan diri anda.
DAPATKAN "LINE" DENGAN KAWALAN PENDIKIT
-Setiap kali ingin mengambil selekoh pastikan anda tentukan "line" iaitu laluan anda. Bila sebut pasal "Line" kita mesti ada "entry point" dan "exit point"
- Dengan kawalan pendikit/throttle akan membantu rider untuk dapatkan "line" seperti yang dikehendaki.
Pada gambarajah diatas adalah contoh untuk kawalan pendikit pada selekoh
a) buka pendikit dengan lembut pada "entry point"
b) Ketika menghampiri "apex" buka sedikit demi sedikit pendikit
c) Pendikit semakin dibuka apabila anda menghampiri "exit point"

Subscribe to:
Posts
(Atom)