RIDER PERLU TAHU PART 1

RIDER PERLU TAHU

Rider bermasalah atau Motorsikal yang bermasalah?

Kita sering dengar kadang-kadang komen dari rakan rider lain.
- Motorsikal bergoyang pada kelajuan tertentu/ketika menambah kelajuan
- Ambil selekoh makan ruang jauh/overshoot
- Dapat line tak cun
- Motorsikal rasa bergegar

ya aku sendiri juga pernah rasa macam ni, Bila aku tambah kelajuan aku pada 140kmj aku rasa bahagian belakang motor aku bergoyang, dan pada kelajuan tertentu bahagian hadapan motor aku juga akan bergoyang, bila aku ambik selekoh pada kelajuan tertentu kadang sampai makan lane sebelah, mujur tak eksiden ja. Sampai aku terfikir apa yang tidak ada pada aku sampai aku ride motor jadi macam ni. ok cerita ni tahun 2012 dulu masa aku mula-mula dapat motor kawasaki ninja 250r. Tak tahu lah kalau pembaca blog aku macam mana pulak masalah yang dihadapi bila ride jentera masing-masing. Sebelum aku menaip bab ni sempat aku berbual dengan rakan yang baru guna jentera demak skyline 200, dia ngadu kat aku katanya bila dia ride sampai
 100 kmj motor rasa bergegar dan bergoyang bahagian hadapan. Aku jawap "bukan motorsikal yang bermasalah tetapi kita bermasalah".

Kadang-kadang bila ambik selekoh motor rasa bergoyang, bergegar-gegar kadang tu bahagian depan motorsikal. Jadi apa sebenarnya masalah kita? jawapannya ialah posisi badan kita. Dalam bab kali ni saya aku cuba kupaskan sedikit demi sedikit pasal masalah ni supaya akan datang kita dapat perbaiki teknik tunggangan kita tak kira dimana jua....

TEKNOLOGI MANUSIA

Maksud teknologi manusia disini ialah kita sendiri. Kita adalah teknologi yang akan mengawal teknologi. Sebagai contoh dalam kebanyakan rider yang baru belajar cara mengambil selekoh akan mengambil posisi badan dan mengawal jentera secara serentak (aku pon dulu buat camni hahaha). Ini adalah cara yang salah dan berisiko tinggi untuk jentera bergoyang-goyang joget-joget gitu-gitu ketika mengambil selekoh. Cara yang sebetulnya begini:-

a) Dapatkan dahulu posisi badan (posisi yang bersedia untuk mengambil selekoh), kebiasaannya anda perlu berada dalam posisi sebelum "roll off throttle" dan membrek.

b) Stabilkan posisi anda untuk membrek, tetapi pastikan anda telah duduk dalam keadaan selesa supaya anda tidak banyak bergerak ketika berada diselekoh.

c) Kawal handle motorsikal terus melepasi selekoh.

KE"STABIL"AN

- Diselekoh berbentuk "S" atau apa sahaja selekoh yang melebihi daripada 1 selekoh, Kawalan anda terhadap jentera anda akan menjadi lebih baik selepas anda kembali duduk diatas seat.
- Ketika anda menghadapi selekoh berbentuk "S" anda perlu mengubah posisi kedudukan anda sebelum masuk keselekoh seterusnya, jadi anda akan mengangkat tubuh anda dari posisi sebelah ke sebelah lagi satu. Jadi sebelum masuk keselekoh seterusnya pastikan anda sudah duduk kembali diatas seat pada posisi seterunya untuk memastikan jentera anda stabil.


MENGGENGGAM

- Masalah tangan rasa bergegar
- Tangan terasa letih dan kebas
Saya percaya rata-rata kita yang baru menggunakan motorsikal pastikan hadapi masalah ini, saya sendiri juga pernah merasai saat-saat indah begini iaitu tangan kebas, lepas pi layan kona plak lengan siap rasa letih sengal sampai ke bahu. kenapa? Ap masalahnya? motorsikal ni tak best ke atau bermasalah? tidak sebenarnya kita yang bermasalah sebab menggenggam dengan terlalu kuat pada handlebar.

PERMINTAAN MESIN

Secanggih mana jua motorsikal dicipta ianya tetap tidak dapat berfungsi dengan baik jika kita tidak tahu mengguna dan mengawalnya dengan baik

- Ketika kita cuba memecut semakin laju, tayar hadapan akan terasa ringan dan bergoyang, hal ini berlaku kerana rider memegang handlebar dengan terlalu kuat.
-Goyangan yang berlaku adalah disebabkan dua benda iaitu:-
a) Tayar - Tayar berfungsi untuk menghadapi permukaan jalan dimana sesetengah permukaan jalan adalah tidak rata, sebab itulah tayar dicipta daripada getah dan ianya bersifat fleksibel
b) Saspensi (shock/fork) - Apabila tahap ke"fleksibel"an tayar mencapai limit, fork dan shock akan mengambil tugas untuk memastikan jentera kita berada dalam keadaan stabil.
Cuba anda bayangkan jika kedua-dua device ini tidak berfungsi dengan baik. apa akan berlaku?



MENGHENTIKAN GEGARAN

Tak ada siapa pun mampu hentikan gegaran ini, tetapi kalau gegaran ini tidak dihentikan , jentera anda boleh hilang kawalan!!! aarrgghhh!! camna nih?. Apabila tayar dan saspensi mencapai tahap limitnya pula, gegaran akan berubah kepada rider dan badan rider akan bergegar gegar gegar dan gegar.

Jadi macam mana rider nak hilangkan rasa gegaran sampai ke badan yang mampu menyebabkan motorsikal boleh hilang kawalan? ok pernah tengok tak orang tunggang "dirt bike" ? macam mana diorang boleh kawal jentera diorang pada permukaan jalan yang tidak rata, senang cakap off road lah. Penunggang "dirt bike" atau scrambler ini adalah contoh kepada prinsip ini. Memegang handlebar dengan terlalu kuat atau erat akan menyebabkan motorsikal menjadi tidak stabil dan berisiko untuk "crash"!!!! cara terbaik ialah loggarkan dan biarkan ianya meluncur pergi bersama anda. Menggenggam dengan relaks pada handlebar akan mengurangkan kesan gegaran.

- Memegang handlebar dengan terlalu kuat dan erat akan menyebabkan jentera makan lebih banyak ruang pada selekoh
- Memegang handlebar dengan terlalu kuat dan erat akan memberi masalah kepada motorsikal
- Longgarkan dan bengkokkan sedikit siku serta lengan anda dan berada dalam keadaan rileks jeee di atas motorsikal.
- Anggaplah motorsikal seperti kawan, nescaya ianya tidak akan menyusahkanmu.

p/s: Jangan Salahkan Kelajuan Anda Diatas Kesilapan Yang Berlaku!

untuk belajar posisi badan badan saya sarankan anda join mana-mana event track day. 20% anda dapat dari membaca, 30% anda dapat dengan berguru dan 50% adalah hasil usaha anda sendiri.