Pengetahuan Asas Motorsikal
PENGETAHUAN ASAS MOTORSIKAL
Assalamulaikum
ini adalah 1st entry saya dalam blog ini. oleh kerana saya tak tahu nak kongsi apa kat blog ini maka saya akan cuba kongsi apa yang saya nak cuba kongsikan kepada anda iaitu mengenai "pengetahuan Asas Tentang Motorsikal". ini lebih kepada camna cara kita nak "handling" dan apa saja yang saya dapat.
Saya tidak punyai pengalaman luas dalam dunia permotoran ini. cuma lebih kepada minat dan perasaan ingin tahu sejak kecil. apa yang akan saya kongsikan ini adalah hasil dari perbualan dengan rakan-rakan bikers, hasil dari pembacaan, menonton video, hasil perkongsian didalam group facebook dan hasil pengalaman sendiri. Saya bukanlah penunggang jentera berkuasa tinggi, apa yang saya ada cuma kawasaki ninja 250r model carb tahun 2008 dan demak skyline 200 tahun 2014 ( baru beli ).
ok tak usah celoteh panjang lebar, sila baca apa yang saya nak kongsikan semoga ianya sedikit sebanyak dapat mengubah cara kita menunggang jentera kita ke arah yang lebih baik, moga-moga lah.
MEMAHAMI JENTERA ANDA
1. Semasa Pecutan.
- Berat atau tekanan motorsikal akan berubah dan memberi tekanan kepada bahagian belakang motorsikal.
- Saspensi belakang akan semakin menekan dan ia juga memberi kesan kepada cengkaman tayar belakang.
- Tekanan pada saspensi ( fork ) hadapan akan semakin berkurang dan terasa terangkat sedikit.
2. Semasa Nyah-pecutan/membrek
- Berat dan tekanan akan berubah ke hadapan
- Saspensi hadapan mengalami tekanan, dan ianya juga memberi kesan cengkaman kepada tayar hadapan.
- Tekanan kepada saspensi belakang ( monoshock ) akan berkurangan.
- Dalam keadaan tertentu atau dikatakan ekstrim akan menyebabkan tayar belakang terangkat sedikit. boleh buat wekang kalau korang terer.
3. Kestabilan Motorsikal
- Motorsikal tidak akan stabil jika dalam keadaan berhenti.
- Motorsikal akan menjadi stabil jika ianya bergerak dengan kawalan, ianya juga stabil walaupun tanpa memegang handle bar.
- Ketika mengambil selekoh, lagi banyak anda turunkan badan ( lean angle ) semakin berkurang cengkaman tayar pada permukaan tar.
4. Tayar
- Ketika pecutan tayar belakang akan mendapat lebih tekanan daripada tayar hadapan
- Ketika Nyah-pecutan atau membrek tayar hadapan akan mendapat lebih tekanan daripada tayar belakang.
p/s: ketika pendikit/throttle dibuka pastikan kawalan pendikit/throttle membantu memberi tekanan tayar belakang 60% dan tayar hadapan 40% [ keith code: A twist of the wrist ]
KENALI FUNGSI SETIAP BAHAGIAN MOTORSIKAL
1. Pendikit/throttle
- Buka pendikit dengan lembut sedikit demi sedikit ketika hendak memecut
- Lepaskan pendikit dengan lembut untuk nyah-pecutan atau membrek
2. Brek hadapan
- Gunakan 1 jari ( jari telunjuk ) atau 2 jari ( jari telunjuk dan jari hantu )
- Cengkam dengan lembut jika hendak membrek
- berikan lebih cengkaman jika hendak berhenti ( ini akan memberikan lebih cengkaman pada tayar hadapan )
3. Brek belakang
- Tekan pedal brek dengan perlahan iaitu tekanan yang minimum.
- Cara terbaik ialah hanya gunakan ketika motorsikal bergerak perlahan.
4. Handle
- Untuk membelok ke kanan, pusing ke kiri. sebaliknya pula jika ingin membelok ke kiri.( tindakan ini dikenali sebagai "counter steering" ) akan datang saya akan cuba jelaskan dengan lebih detail
p/s: ketika membelok perlu juga disertakan dengan pergerakan badan, asasnya siku mestilah dalam keadaan sentiasa sedikit bengkok dan dalam keadaan relaks,
5. Menukar ke gear tinggi ( upshift)
- letakkan hujung kaki dibawah pedal gear
- genggam "clutch lever", "blip throttle" ( buka dan tutup throttle dengan cepat/ alah macam rem motor je lah) dan cungkil pedal gear ke atas.
- semua perkara diatas dilakukan dengan serentak, diulangi serentak.
6. Menukar ke gear rendah (downshift)
- letakkan hujung kaki diatas pedal gear
- genggam "clutch lever", "blip throttle" ( buka dan tutup throttle dengan cepat/ alah macam rem motor je lah) dan tekan pedal gear ke bawah.

7. Membrek dan menurunkan ke gear rendah.
- genggam "brake lever" hadapan dengan lembut menggunakan 1 atau 2 jari
- Letakankan hujung kaki diatas pedal gear
"blip throttle" sedikit dan tekan pedal gear kebawah dalam masa yang sama, lakukan untuk setiap pertukaran ke gear rendah (downshift). pada masa yang sama terus mencengkam "brake lever" hadapan.
8. Transmisi gear
- dari gear Neutral >> 1 (tekan) >> 2,3,4,5,6 (cungkil)
- dari top gear >> 5,4,3,2,1 ( tekan )
- dari gear 1 cungkilkan sedikit pedal gear untuk kembali ke gear Neutral.
ok setiap perkara diatas ini adalah hal-hal yang wajib anda tahu dan anda boleh buat untuk menunggang sebuah motorsikal.
kita sendiri saja yang tahu dan faham mengenai motorsikal kita [ Nabil Aliff - uum ]

What kind of mistakes are often make in corners, and what is the reason for those mistakes? What can you do about it? What is the perfect line, and how do you find it? When do you brake, and what is the right speed for a corner? Reading about cornering is, of course, not enough. You will have to
1. Practise
2. Practise
3. Practise
2. Practise
3. Practise
Rujukan:
- a twist of the wrist 2 by keith code
- group ninja 250r Mayasia perkongsian dari fb bro ISWANDY
Subscribe to:
Posts
(Atom)