Review Demak Skyline 200cc


Assalamualaikum

Ok entry aku kali ni pasal motorsikal yang aku baru beli pada bulan oktober 2014 iaitu Demak Skyline 200cc, brooommm...

Sejak pelancarannya pada bulan julai 2014 lalu, sambutan sangat hangat aku tengok, sorang demi sorang pakat beli, dengan harga mampu milik, design boleh tahan, cc pon boleh tahan.

Ok nak dijadikan ceritanya 3 hari selepas pelancaran demak skyline nih, terus aku booking sebijik. Tapi disebabkan aku bekerja di sarawak jadi lambatlah sikit nak sampai. Motor aku ambik direct dealer, dibawa dari semenanjung datang ke sarawak. Pergh seksa jiwa waktu tu tak tau nak habaq laaaaaa. sampai lah aku jual demak dmx-r aku semata2 nak beli skyline nih. last2 bulan 10 baru dapat hahahaha. ok....

Ok bila dah dapat motorsikal nih apa lagi, test ride lah.... sebelum aku teruskan mari kita baca spesifikasi demak skyline ni dulu, ni aku dapat dari uncle google je nih

Engine: Single Cyliner, Air Cooled, 4 Stroke
Engine Capacity: 193.2 cc
Dimension (mm): 2020 x 710 x 1070
Wheelbase (mm): 1360
Maximum Power: 11 kw/7500 rpm
Maximum Torque: 14Nm/6500 rpm
Lubrication: Pressure/splash
Ignition: CDI
Compression Ratio: 9.0:1
Bore x Stroke (mm): 63 x 62
Transmission System: Chain Drive
Brake (front/rear): Disc/Disc
Dry Weight: 143kg
Starter: Electric/kick
Front tire: 110/70/17
Reae tire: 130/70/17
Seat Height: 790 mm
Clutch Type: Multiplate Wet Clutch

Baikkklaaahhhh Mari kita teruskan, Kali pertama aku ride motorsikal ni bleh tahan dari segi kekuatannya, memang sesuai dengan 200cc. test la main pusing2 sekitar tempat tinggal aku di sarawak ni, Hmm tengok meter digital dah macam kawasaki Z800, lampu belakang dah macam motor ducati, Tengok dari tepi macam motor benelli, Tank condom je aku pastu dalam tu ABS tank, kerangka Delta box hmmm boleh tahan. Kadang2 ada gak orang pertikai kenapa aku beli demak skyline nih padahal mampu je aku nak beli model-model lain yang lebih baik dan berkualiti. Aku just cakap gitu-gitu je lah konon itu ini. aku tak cerita hal sebenar kang satgi orang ingat aku ni poyo plak. Tapi ok kat sini biarkan aku ceritakan hal sebenar kenapa aku beli motorsikal skyline nih. kali pertama aku tgk gambar motorsikal ni terus aku tertarik sebab design dia dah macam ala2 naked bike gitu, dan aku  terfikir mungkin motor ni aku boleh gunakan untuk praktis dan melepas rindu ( maksud lepas rindu disini, aku ada kawasaki ninja 250r 2008, jadi nak rasa macam bawak motor tu lah, ye lah dah la jarang bawak sekali balik cuti janggal rasa sementara nak biasakan balik ). dengan design demak skyline ni dapatlah aku jadikan motorsikal untuk praktis. Praktis beberapa skill yang aku belajar dari sifu kaki layan trek.

okes mari teruskan dengan review aku, 1st bila aku dengan kawan2 aku dapat motorsikal ni kami ride sesama nak cari apa yang tak kena dengan motor nih. Tiba-tiba salah sorang motor kawan aku nih brek belakang dia lock sendiri siap ada minyak brek meleleh sikit. Bawak pegi bengkel la betulkan. Rupa-rupanya skru tempat buang angin dan minyak brek kunci tak kuat, check semua motor kami pun sama, depan belakang x ketat. Lepas tu aku suruh mekanik check skru boleh laras dekat master pump, sekali skru boleh laras terlalu ketat dan tak ada kelegaan untuk tarik balik brek, sebab bila tekan brek makin lama brek akan ketat. ok maka dibetulkan semua motor kami.

Kemudian beberapa hari aku naik pegi keja, jalan sana sini, tiba-tiba aku terperasan skru dekat ekzos yang tambat cover tu longgar, maka aku terpikir kalau skru ni pon boleh longgar mungkin ada banyak skru lagi yang tak ketat. Apa lagi aku pegi bengkel pinjam spanar diorang terus aku check semua skru yang ada kat motorsikal ni, pergh 6 skru juga yang tak ketat kat cover set motor aku. semua skru aku check dari belakang sampai depan. jadi sesiapa yang nak beli motor ni sila lah check semua skru pada motorsikal anda kalau xnak skru tu hilang hahhahahahahaha. Meter masuk air bila kena hujan atas lepas basuh hahaha banyak aku tengok post kat Group Demak Skyline Official pasal nih, ada yang tukar meter baru pon ada R&D katanya. Tapi aku just lekatkan sticker carbone fibre dan alhamdulillah setel masalah hahahaha. Kemudian pegi test "top speed". Aku punya shoot brrooomm perrgghh meter 152kmj naik, pastu check kat gps baru 117kmj. so paham2 je lah. tapi bagi aku memang sesuai dah motor 4 lejang 200cc dengan top speed macam, dah la motor ni ringan.

Untuk lain-lain masalah biasalah barang demak nih, rantai cepat kendur, Tapi kat page Demak Skyline Official diorang cakap dah R&D pakai sprocket fz tapi kena modi sikit, sprocket depan plak pakai yang honda cg punya. Pastu tongkat plak terlalu tegak kalau nak park, Monoshock plak lembut, aku dah keraskan, tapi motor member aku keras elok plak hahaha, bacth lain2 kot ntah la aku bukan tau sangat. Handle tak "centre" yang tu suruh mekanik betulakan je sikit punya hal.

Untuk puaskan hati aku mengenai demak skyline nih, aku dengan dua orang rakan aku telah memilih untuk menguji tahap "performance" motorsikal aku ni di satu tempat yang ada banyak selekoh iaitu ulu-yong. Sebelum aku buat keputusan untuk uji disini aku cuba dapatkan dulu kebenaran dari pihak polis, tapi diorang cakap kat aku "kau pegi je buat, jalan tu belum di gezetkan, tapi kalau jadi apa-apa tanggung sendiri". ok kami pun pegilah hahahaha (gelak lagi) ok, Sorang kawan aku ditugaskan sebagai juru kamera iaitu Cikgu Hamizan Harun (dia ni ada pengalaman jugak dengan litar) dan seorang lagi Cikgu Allif sebagai budak bendera yang akan bagi amaran kat aku kalau ada bahaya di depan atau kemderaan lain.  Eh ada sorang lagi rakan baru kami ikut sekali nama dia welson, dia pon nak belajar bawak motorsikal sbb dia beli SYM T2.

Ok ini apa yang aku dapat selepas diuji.

-Tayar mengcekam dengan baik baik pada setiap selekoh hanya selepas aku kurangkan tekanan tayar belakang 22psi dan tekanan tayar hadapan 19psi

- pada setiap selekoh terasa mudah dikawal sehinggakan hyper corner pun aku dapat line dengan baik (sebelum ni selalu overshoot jalan tu)

- Less Lean angle/perfect line itulah yang dapat aku katakan mungkin sebab motorsikal ni lebih tinggi dari Z250 dan lebih pendek bentuknya

-limit aku dapat lean motor ni aku anggarkan antara 40 dahjah hingga 45 darjah camtu ja

Ok sehinggalah aku buat final test ride, dan kali ini memang mengewakan aku. Aku cuba tambah speed ketika mengambil selekoh, sebelum nih aku guna gear 2 untuk masuk selekoh, tapi kali ni aku guna gear 3 untuk masuk selekoh, bilah dah tambah speed aku nak dapatkan force selepas apex aduh! kekurangan kuasa untuk force motor nih, dan bila tambah speed memang lean akan lagi rendah, sekali terkena tongkat sampai berapi deerrr. terus aku cakap kat member aku "setakat ni sajalah, jom rehat pastu balik".



ok bagi aku tayar skyline nih jenis CST magsport 130/70/17 belakang dan 110/70/17 depan ni sangat limit utk layan kona, grip dah ok. so untuk next year aku nak guna belakang 140/60/17 dan depan 120/60/17.



untuk performance enjin plak aku akan tambah lagi kuasa kuda, antara part yang akan aku tukar nanti ialah hi-cam dengan rocker arm, dan mungkin juga aku akan tukar ke cdi racing.

Handle plak pulak mungkin aku akan tukar ke handle NUI racing yang fz punya

ok setakat ni saja review aku, nanti selepas aku buat perubahan kat demak skyline aku nanti aku akan update review lagi sekali ok. dan kalau ada sapa diluar sana nak kongsi2 review boleh pm saya. atau ada apa2 cadangan hehehehehe. Maju lah demak untuk negara henshin!!!!