CARAPOLEY RETRO 80 AN
GENG MOTOR RETRO DARI KUALA KETIL KEDAH
Assalamualaikum Pembaca Blog aku sekalian alam dan cakerawala
Kebetulan aku keluar nak sarapan kat kedai makan dekat simpang nak masuk ke kampung aku ni, tiba-tiba aku tengok kawan-kawan aku dari kampung sebelah dok weeenggg weeennggg bawak keluaq motor retro masing-masing. Dalam hati aku berkata "ada konvoi lettew". Lagipon aku dah agak RV point diorang ni memang tempat biasala bengkel motor Jan ( mekanik ).
Ok untuk pengetahuan korang motor retro ni susah sikit pemilik dia nak bawak jalan-jalan biasa macam motor lain. Sebabnya motor ni rare dan sparepart susah nak cari. Kalau ada sparepart pon mahal woooo. Dan nilai setiap benda yang kat motor retro ni sangat berharga lebih-lebih lagi sticker "Lucky Strike".So anda akan bertuah kalau boleh nampak motor-motor retro diatas jalan raya sekarang ni. Motor-motor ni akan keluar kalau ada event tertentu sahaja.
Aku cepat-cepatlah habiskan sarapan lepas tu terus pegi kat kawan-kawan aku ni. Ada yang tengah repair motor, set itu ini. Rupanya diorang bersiap-siap nak pi gathering motor retro kat Yan Kedah. Tengok tak semua keluar, ada lagi 2 3 bijik tak keluar... ada keja lain kot. Niat hati nak ikut diorang ni, dapatlah aku ushar lagi banyak motor retro era 80 an nih, tapi apakan daya aku hal plak.
nama group ni "CARAPOLEY".... Aku pun tak tau dari mana depa dapat nama ni, mungkin dari sejenis daun kari kot, orang kampong panggil daun karapoley. Diorang peminat setia motor retro 80 an nih, sepanjang group ni ditubuh sejak awal tahun 2000 dah banyak event diorang join. Aku tak sempat nak interview diorang tentang sejarah awal penubuhan group ni, sebab tengok diorang macam sibuk setting motor, buat itu buat ini, so aku just ambik gambar je lah.
YAMAHA RX-S
SUZUKI GP
STICKER KENANGAN DIORANG ADA JOIN EVENT MOTOR RETRO
Motorsikal retro ni kebanyakan adalah keluaran era 80 an. Zaman tu ntah2 aku pon belom lahir lagi. Pada era millenium ni value motor retro sangat tinggi, Sport rim GTO saja pon dah Harga RM1000.
Harga sebijik motor pon tak tentu orang nak jual berapa, Silap-silap lebih dari harga asal. Apa pon inshaallah akan datang aku akan join konvoi dengan diorang untuk dapatkan lebih banyak bahan dan maklumat pasal motor-motor retro nih. 20 disember 2014 ni diorang ada ajak aku join gathering motor klasik di teluk batik. Inshaallah aku akan cuba hadirkan diri.
MAJULAH MOTOR RETRO UNTUK NEGARA
HEEENSHIN!!