UniMaP OPEN TRACK DAY
LOKASI: LITAR GOKART UNIMAP
MASA: 11.00 PAGI - 05.00 PETANG
Assalamualaikum
Ini adalah kali kedua dalam tahun 2014 kami buat event TRACK DAY di litar UniMap ( Universiti Malaysia Perlis )
Litar Gokart Unimap terletak di belakang Universiti Malaysia Perlis, Masuk ja pintu gerbang Negeri Perlis toleh ke kanan anda akan nampak litar ni.
Mengenai Litar Unimap
Panjang: 1.2 KM
Lebar: 8 Meter
Jumlah Selekoh: 11
Sedikit komen pasal Litar ni, Untuk motorsikal below 400cc agak selesa, gear pun sempatla sampai gear 4 atau 5. Untuk Above 400cc sempat sampai gear 3 macam tu je. Komen-komen dari rider above 400cc, Mula-mula macam susah juga sebab terasa selekoh dekat sangat, tapi bila dah dapat "line" enjoy ja sampai muntah.
Sebelum bergerak ke Litar UniMap kami akan berkumpul di RV.point berdekatan Caltex Changlun. Penglibatan kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran rider-rider yang berpengalaman di Litar-litar sekitar Malaysi antaranya Litar Sepang. Lebih kurang 16 rider yang datang suppport dan main di litar, Antaranya
1. Ahmad Hasrul
2. Nizar Syahmi
3. Putra Ahmad Zailanee
4. Nik Ubaiza
5. Wan Tomhawk
6. Warith
7. Ikhwan
8. Fendy
9. Lanzo
10. Rizal Johari
11. Ramadhan
12. Tajeri ( urusetia )
13. Memanda Wazer ( Media )
14. Fadly
15. Rider Yamaha LC 135
16. Rizal Johari
Terima Kasih Fiz Fazil sebab sponsor ayaq mineral sekotak.
Video Track Day UniMap
Tajeri ( aku la tuh ) menunggang ninja 250SL dan Nizar Syahmi XJ6
Aksi Lanzo ( depan ) dan Hasrul ( belakang ) di T1
Menara Di tengah Litar
Tujuan sebenar kami buat TD ni bukanlah untuk berlumba ke apa ke, ianya lebih kepada perkongsian ilmu, praktis, fun, dan lepas gian. Track Day macam ni bolehlah dikatakan saluran yang betul untuk bermain motorsikal, untuk belajar ambik selekoh dan sebagainya. Aktiviti macam ini dapat memberi kesedaran kepada rider-rider baru tentang pentingnya teknik tunggangan. Sebab itulah kami ajak rider-rider yang berpengalaman untuk support TD unimap ni, sebabnya dapatlah rider-rider baru belajar, berkongsi ilmu dan untuk bertanya apa saja mengenai motorsikal.
Sepanjang aktiviti ini berjalan, Saya sendiri, Rizal Johari dan Memanda Wazer bertindak merakam setiap aksi rider di atas litar. Dibawah ni serba sedikit gambar aksi rider-rider di Litar
Rata-rata rider yang datang join sangat berpuas hati dengan event Track Day kali ni sebab dapat melihat sendiri aksi-aksi dari rider yang berpengalaman di Litar beraksi di litar UniMap ni. Dapat belajar, dapat perbaiki teknik tunggangan. Saling kenal mengenali antara satu sama lain. Gelak-gelak, gurau-gurau, kutuk-kutuk, tapi tetap gembira dan berpuas hati.
Sayangnya ramai lagi yang nak turut serta, tetapi memandangkan pada tarikh tersebut ada kenduri kahwin, ada yang motor rosak, ada yang lupa tarikh (hahahaha) maka tak dapatlah diorang turut serta. Ada juga permintaan dari rider agar kami buat event macam ni setiap tahun. Inshaallah kami akan jadikan acara track day ini sebagai acara tahunan untuk semua rider.