TRACK MOTORCROSS KULIM
TRACK MOTORCROSS KULIM
Haa Yang ni Dato Syamsoul Nezam dengan jentera KTN200 miliknya
Persiapan nak masuk trek, Kena check dulu motor-motor ni, kasi cun dulu...
Laluan masuk ke Track
Tunjuk Ajar daripada rider profesional kepada rider baru
ATV juga disewakan, setakat ni baru ada sebijik, nanti diorang nak tambah lagi.
Aksi daripada abam terer
Assalamualaikum wahai pembaca blog aku sekalian....
Tarikh: 03 disember 2014
Hari: Rabu
Ok sambil boring-boring takdak benda aku nak buat, Start motor terus pegi ke kulim kedah singgah kedai motorsikal sorang sahabat ni nama dia Dato Syamsul Nizam (ni fb dia ). Niat dihati nak ushar-ushar track offroad yang baru dibuka.
Bila cakap pasal track offroad ni dalam kepala aku terbayangkan track yang ada bonggol-bonggol nak lompat, dibina atas kawasan lapang. Dapat di perhatikan oleh orang ramai. Tetapi apabila sekali aku gi tengok depan mata, Naaaaaa haiiihhhh track rimba rupanyaaaa.... hahaha dalam hati terus terdetik "ini 3 round pusing pakai tak sembang dengan orang dah ni".
Sambil-sambil borak tu ada dua orang pelanggan datang nak main motorcross kat track nih. Pelajar dari UNIKL Kulim, nama manja depa BOY dengan HAIKAL.
Dato Syamsul ni menyediakan motorsikal sewa untuk main kat trek offroad nih. RM50.00 untuk 10 pusingan atau 1jam. Apa? 10 pusingan? sikitnya!!!! haaaa hampa nak tau mai la main haahahaha.
Jadi sambil-sambil menyelam minum ayaq tu apa lagi, Dato Syamsul bagi peluang kat aku untuk uji sendiri track offroad rimba nih!!
Wooowww Dapat uji track offroad free sapa tak mau kan? Aku plak dah la 3 bulan dah tak ride dirt bike nih. camna la rasanya nanti.
Kehadiran aku pulak tak dirancang, So aku tak bawak la kelengkapan macam kamera sj4000 aku tu, riding gear e.t.c. So gambar yang aku ambik semuanya dari henset je, kualiti pon tak best. cukuplah sekadar tatapan.
Haa Yang ni Dato Syamsoul Nezam dengan jentera KTN200 miliknya
Persiapan nak masuk trek, Kena check dulu motor-motor ni, kasi cun dulu...
APA KOMEN AKU PASAL TRACK OFFROAD NIH?
Haa ni nak komen sikit pasal track offroad ni, apa pun sebelum masuk track ni jangan sembang besaq, Hampa masuk main baru hampa tau. Sepanjang track secara mata kasarnya aku nampak mencabar dan agak bahaya ( biasala tu track rimba ). Bahaya macam mana? ya lah dengan pokok-pokok dan juga beberapa binaan dalam track ni, Ada kolam apa ntah. Tapi taklah bahaya sampai asalkam masuk terus langgar sana sini. Laluan yang dibuka bagi aku adalah selamat, Kepada sesiapa yang suka aktiviti lasak pasti akan tersenyum tengok track nih. Tebing-tebing yang mencabar, mencabar macam mana? lepas panjat tebing terus selekoh hahahaha!!!! jangan sesuka hati lompat2 kalau tak pro, Tapi tengok depa yang dah biasa ngan track ni seronok ja layan. Yang bestnya pasal track ni ialah, sesiapa yang kali pertama atau masih baru nak main kat sini, anda akan diberi khidmat nasihat dan langkah-langkah keselamatan secara percuma. Jadi tak payah risau. Moh le sesapa yang suka aktiviti lasak camni, try le. Aku baru 2 pusingan dah termengah-mengah, dah la kekok rasa sebab dah tiga bulan tak ride dirt bike camnih.
Laluan masuk ke Track
Tunjuk Ajar daripada rider profesional kepada rider baru
ATV juga disewakan, setakat ni baru ada sebijik, nanti diorang nak tambah lagi.
Aksi daripada abam terer
Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak rasai sendiri macam mana kepuasan sebenar main offroad nih, pakat-pakat mai lah rasa kat sini. Anda boleh terus berhubung dengan Dato Syamsoulnezam di facebook miliknya disini.
Terima Kasih Dato Syamsul sebab beri peluang kat gua untuk test sendiri track ni, Apa yang aku dapat? Kepuasan! Keseronokan! 2 pusingan dah letih, Kalau balun 3 pusingan pakai tak sembang dah ngan orang hahahahaha.