UniMaP OPEN TRACK DAY



TARIKH: 13 DISEMBER 2014
LOKASI: LITAR GOKART UNIMAP
MASA: 11.00 PAGI - 05.00 PETANG

Assalamualaikum

Ini adalah kali kedua dalam tahun 2014 kami buat event TRACK DAY di litar UniMap ( Universiti Malaysia Perlis )

Litar Gokart Unimap terletak di belakang Universiti Malaysia Perlis, Masuk ja pintu gerbang Negeri Perlis toleh ke kanan anda akan nampak litar ni.

Mengenai Litar Unimap

Panjang: 1.2 KM
Lebar: 8 Meter
Jumlah Selekoh: 11



Sedikit komen pasal Litar ni, Untuk motorsikal below 400cc agak selesa, gear pun sempatla sampai gear 4 atau 5. Untuk Above 400cc sempat sampai gear 3 macam tu je. Komen-komen dari rider above 400cc, Mula-mula macam susah juga sebab terasa selekoh dekat sangat, tapi bila dah dapat "line" enjoy ja sampai muntah.

Sebelum bergerak ke Litar UniMap kami akan berkumpul di RV.point berdekatan Caltex Changlun. Penglibatan kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran rider-rider yang berpengalaman di Litar-litar sekitar Malaysi antaranya Litar Sepang. Lebih kurang 16 rider yang datang suppport dan main di litar, Antaranya

1. Ahmad Hasrul
2. Nizar Syahmi
3. Putra Ahmad Zailanee
4. Nik Ubaiza
5. Wan Tomhawk
6. Warith
7. Ikhwan
8. Fendy
9. Lanzo
10. Rizal Johari
11. Ramadhan
12. Tajeri ( urusetia )
13. Memanda Wazer ( Media )
14. Fadly
15. Rider Yamaha LC 135
16. Rizal Johari

Terima Kasih Fiz Fazil sebab sponsor ayaq mineral sekotak.



Video Track Day UniMap

Track Day UniMap ni sebenarnya bukanlah anjuran mana-mana individu atau agensi swasta mahupun kerajaan, juga bukan dari mana-mana group motorsikal. Tetapi Track Day UniMap ini adalah hasil idea dan inisiatif kami sendiri atas dasar minat dan ingin belajar. Event Track Day macam ni lah peluang untuk rider-rider lepas gian, nak balun motor ke, nak cecah lutut ke nak belajar ke, sebabnya disini lebih selamat berbanding di jalan raya.


               Tajeri ( aku la tuh ) menunggang ninja 250SL dan Nizar Syahmi XJ6



                      Aksi Lanzo ( depan ) dan Hasrul ( belakang ) di T1

         
                                                       Menara Di tengah Litar

Tujuan sebenar kami buat TD ni bukanlah untuk berlumba ke apa ke, ianya lebih kepada perkongsian ilmu, praktis, fun, dan lepas gian. Track Day macam ni bolehlah dikatakan saluran yang betul untuk bermain motorsikal, untuk belajar ambik selekoh dan sebagainya. Aktiviti macam ini dapat memberi kesedaran kepada rider-rider baru tentang pentingnya teknik tunggangan. Sebab itulah kami ajak rider-rider yang berpengalaman untuk support TD unimap ni, sebabnya dapatlah rider-rider baru belajar, berkongsi ilmu dan untuk bertanya apa saja mengenai motorsikal.

Sepanjang aktiviti ini berjalan, Saya sendiri, Rizal Johari dan Memanda Wazer bertindak merakam setiap aksi rider di atas litar. Dibawah ni serba sedikit gambar aksi rider-rider di Litar













Rata-rata rider yang datang join sangat berpuas hati dengan event Track Day kali ni sebab dapat melihat sendiri aksi-aksi dari rider yang berpengalaman di Litar beraksi di litar UniMap ni. Dapat belajar, dapat perbaiki teknik tunggangan. Saling kenal mengenali antara satu sama lain. Gelak-gelak, gurau-gurau, kutuk-kutuk, tapi tetap gembira dan berpuas hati.
















Sayangnya ramai lagi yang nak turut serta, tetapi memandangkan pada tarikh tersebut ada kenduri kahwin, ada yang motor rosak, ada yang lupa tarikh (hahahaha) maka tak dapatlah diorang turut serta. Ada juga permintaan dari rider agar kami buat event macam ni setiap tahun. Inshaallah kami akan jadikan acara track day ini sebagai acara tahunan untuk semua rider.




CARAPOLEY RETRO 80 AN

GENG MOTOR RETRO DARI KUALA KETIL KEDAH


Assalamualaikum Pembaca Blog aku sekalian alam dan cakerawala

Kebetulan aku keluar nak sarapan kat kedai makan dekat simpang nak masuk ke kampung aku ni, tiba-tiba aku tengok kawan-kawan aku dari kampung sebelah dok weeenggg weeennggg bawak keluaq motor retro masing-masing. Dalam hati aku berkata "ada konvoi lettew". Lagipon aku dah agak RV point diorang ni memang tempat biasala bengkel motor Jan ( mekanik ).

Ok untuk pengetahuan korang motor retro ni susah sikit pemilik dia nak bawak jalan-jalan biasa macam motor lain. Sebabnya motor ni rare dan sparepart susah nak cari. Kalau ada sparepart pon mahal woooo. Dan nilai setiap benda yang kat motor retro ni sangat berharga lebih-lebih lagi sticker "Lucky Strike".So anda akan bertuah kalau boleh nampak motor-motor retro diatas jalan raya sekarang ni. Motor-motor ni akan keluar kalau ada event tertentu sahaja.


Aku cepat-cepatlah habiskan sarapan lepas tu terus pegi kat kawan-kawan aku ni. Ada yang tengah repair motor, set itu ini. Rupanya diorang bersiap-siap nak pi gathering motor retro kat Yan Kedah. Tengok tak semua keluar, ada lagi 2 3 bijik tak keluar... ada keja lain kot. Niat hati nak ikut diorang ni, dapatlah aku ushar lagi banyak motor retro era 80 an nih, tapi apakan daya aku hal plak.






nama group ni "CARAPOLEY".... Aku pun tak tau dari mana depa dapat nama ni, mungkin dari sejenis daun kari kot, orang kampong panggil daun karapoley. Diorang peminat setia motor retro 80 an nih, sepanjang group ni ditubuh sejak awal tahun 2000 dah banyak event diorang join. Aku tak sempat nak interview diorang tentang sejarah awal penubuhan group ni, sebab tengok diorang macam sibuk setting motor, buat itu buat ini, so aku just ambik gambar je lah.


                                                                YAMAHA RX-S



                                                                    SUZUKI GP


             STICKER KENANGAN DIORANG ADA JOIN EVENT MOTOR RETRO


Motorsikal retro ni kebanyakan adalah keluaran era 80 an. Zaman tu ntah2 aku pon belom lahir lagi. Pada era millenium ni value motor retro sangat tinggi, Sport rim GTO saja pon dah Harga RM1000.
Harga sebijik motor pon tak tentu orang nak jual berapa, Silap-silap lebih dari harga asal. Apa pon inshaallah akan datang aku akan join konvoi dengan diorang untuk dapatkan lebih banyak bahan dan maklumat pasal motor-motor retro nih. 20 disember 2014 ni diorang ada ajak aku join gathering motor klasik di teluk batik. Inshaallah aku akan cuba hadirkan diri.

MAJULAH MOTOR RETRO UNTUK NEGARA

HEEENSHIN!!

TRACK MOTORCROSS KULIM

TRACK MOTORCROSS KULIM

Assalamualaikum wahai pembaca blog aku sekalian....

Tarikh: 03 disember 2014
Hari: Rabu

Ok sambil boring-boring takdak benda aku nak buat, Start motor terus pegi ke kulim kedah singgah kedai motorsikal sorang sahabat ni nama dia Dato Syamsul Nizam (ni fb dia ). Niat dihati nak ushar-ushar track offroad yang baru dibuka.
Bila cakap pasal track offroad ni dalam kepala aku terbayangkan track yang ada bonggol-bonggol nak lompat, dibina atas kawasan lapang. Dapat di perhatikan oleh orang ramai. Tetapi apabila sekali aku gi tengok depan mata, Naaaaaa haiiihhhh track rimba rupanyaaaa.... hahaha dalam hati terus terdetik "ini 3 round pusing pakai tak sembang dengan orang dah ni". 

Sambil-sambil borak tu ada dua orang pelanggan datang nak main motorcross kat track nih. Pelajar dari UNIKL Kulim, nama manja depa BOY dengan HAIKAL.

Dato Syamsul ni menyediakan motorsikal sewa untuk main kat trek offroad nih. RM50.00 untuk 10 pusingan atau 1jam.  Apa? 10 pusingan? sikitnya!!!! haaaa hampa nak tau mai la main haahahaha.



 Jadi sambil-sambil menyelam minum ayaq tu apa lagi, Dato Syamsul bagi peluang kat aku untuk uji sendiri track offroad rimba nih!!
Wooowww Dapat uji track offroad free sapa tak mau kan? Aku plak dah la 3 bulan dah tak ride dirt bike nih. camna la rasanya nanti. 

Kehadiran aku pulak tak dirancang, So aku tak bawak la kelengkapan macam kamera sj4000 aku tu, riding gear e.t.c. So gambar yang aku ambik semuanya dari henset je, kualiti pon tak best. cukuplah sekadar tatapan. 


 Haa Yang ni Dato Syamsoul Nezam dengan jentera KTN200 miliknya


Persiapan nak masuk trek, Kena check dulu motor-motor ni, kasi cun dulu...




APA KOMEN AKU PASAL TRACK OFFROAD NIH?

Haa ni nak komen sikit pasal track offroad ni, apa pun sebelum masuk track ni jangan sembang besaq, Hampa masuk main baru hampa tau. Sepanjang track secara mata kasarnya aku  nampak mencabar dan agak bahaya ( biasala tu track rimba ). Bahaya macam mana? ya lah dengan pokok-pokok dan juga beberapa binaan dalam track ni, Ada kolam apa ntah. Tapi taklah bahaya sampai asalkam masuk terus langgar sana sini. Laluan yang dibuka bagi aku adalah selamat, Kepada sesiapa yang suka aktiviti lasak pasti akan tersenyum tengok track nih. Tebing-tebing yang mencabar, mencabar macam mana? lepas panjat tebing terus selekoh hahahaha!!!! jangan sesuka hati lompat2 kalau tak pro, Tapi tengok depa yang dah biasa ngan track ni seronok ja layan. Yang bestnya pasal track ni ialah, sesiapa yang kali pertama atau masih baru nak main kat sini, anda akan diberi khidmat nasihat dan langkah-langkah keselamatan secara percuma. Jadi tak payah risau. Moh le sesapa yang suka aktiviti lasak camni, try le. Aku baru 2 pusingan dah termengah-mengah, dah la kekok rasa sebab dah tiga bulan tak ride dirt bike camnih.


Laluan masuk ke Track


Tunjuk Ajar daripada rider profesional kepada rider baru 




ATV juga disewakan, setakat ni baru ada sebijik, nanti diorang nak tambah lagi.



Aksi daripada abam terer




Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak rasai sendiri macam mana kepuasan sebenar main offroad nih, pakat-pakat mai lah rasa kat sini. Anda boleh terus berhubung dengan Dato Syamsoulnezam di facebook miliknya disini


Terima Kasih Dato Syamsul sebab beri peluang kat gua untuk test sendiri track ni, Apa yang aku dapat? Kepuasan! Keseronokan! 2 pusingan dah letih, Kalau balun 3 pusingan pakai tak sembang dah ngan orang hahahahaha. 

BERGURU DENGAN KEITH CODE

KEITH CODE a.k.a. KEITH CORNER

eh pembetulan- berguru dengan anak Keith Code. hahahaha soriiii genggggggg

Sedang aku dok berangan-angan entah bila la nak dapat belajar dengan Keith Code nih. Tiba-tiba sorang rakan biker hantarkan beberapa keping gambar rakannya yang dapat rezeki belajar dengan anak Keith Code. Siapa Keith Code? ok boleh tengok di link ini biogafi keith code

Aku pun terlopong! What? OMG Keith Code ni idola setiap racer dengan ilmu dan kajian yang dia buat. Aku sendiri pun dah habis baca the cornering bibble "A twist of the wrist 2" hasil kajian Keith Code sendiri. Video dan penulisan dia lah jadi bahan rujukan aku selepas aku belajar dari rakan2 yang kaki main trek. Faham sedikit demi sedikit. sekali fuh ada juga hamba Allah dapat rezeki belajaq dengan anak Keith Code.

                                                                                                         Nama Hamba Allah ni Hakim Mutalib, aku xdapat banyak detail pasal dia, inshaallah suatu hari nnt aku pi cari dia, lagi pun member kepada member aku ja. Dia belajar dengan anak Keith Code di Philip Island. Seminggu belajar USD 9000, perrgghh!! cuba convert ke duit malaysia berapa? hehehe paham2 je lah.

dapat tunggan BMW S1000 masa belajaq pergh!!!
peerrgghh!!!!
peergghh!!!
bila aku nak dapat peluang camni hahahhahaha

Tahniah aku ucapkan kepadamu wahai Hakim Mutalib! nanti aku nak cari hang plak nak korek2 sikit ilmu

ok di bawah ni semuaadalah gambar yang dikongkikan melalui wassap kepada aku.

thanks bro atas perkongsian ini dan banyak support aku untuk buat blog ni, tak lupa juga memanda wazer wadat yang banyak membantu. dan juga ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi berkongsi ilmu dengan aku.                                                      

OK DIBAWAH DIGAMBAR YANG KONGSIKAN DAN RAKAN AKU NI MINTA AKU UPDATE DALAM BLOG AKU NIH. INSPIRASSIIIIIII..... BRRROOOO
WWOOOOOTTT WWWOOOOTTTT



DAPAT SIJIL TUUUU....








                      OK YANG NI ANAK KEITH CODE. BAPAK BOREK ANAK RINTIK




BERAPI LUTUT FUUUHHH